'SISTEM PEMANTAUAN TEKANAN TAYAR TANPA WAYAR BERTEKNOLOGI TINGGI' |
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar Yang Paling Mampu Dimiliki, Tepat Dan Boleh Dipercayai
 |
i-Check merupakan sejenis Sistem Pemantauan Tekanan Tayar Tanpa Wayar(TPMS). Anda
tidak memerlukan sebarang wayar bagi menghubungkan alat pengesan tayar
tanpa wayar dengan alat paparan panel LCD.Panel paparan LCD tersebut
amat mudah digunakan dengan menghubungkannya dengan palam pencucuh rokok
yang terdapat di dalam sesebuah kereta.
i-Check akan sentiasa memberi makluman kepada anda ketika memandu. Apabila
tekanan tayar jatuh ke bawah paras kritikal, i-Check akan menghasilkan
sejenis isyarat amaran kepada pemandu menerusi bacaan merah dan bunyi
penggera. Secara ringkasnya, i-Check akan:
- Menjamin Keselamatan Kenderaan
- Memperbaiki Penjimatan Minyak
- Mempertingkatkan Prestasi Kenderaan
- Memanjangkan Jangka Hayat Tayar
|
|
Pengesan
Pengesan i-Check menggunakan sejenis protokol tanpa wayar khas bagi
membolehkan pemandu mengesan nilai sebenar tekanan tayar menerusi Panel
Paparan LCDnya. Teknologi ini berasal dari sejenis pemancar pengesan
yang dijanakan dari beteri berteknologi tinggi yang amat istimewa.
Setiap pemancar pengesan tayar mengeluarkan sejenis frekuensi pengenalan
unik dan tersendiri, yang akan memastikan bahawa ianya tidak dapat
dikesan oleh tayar dari kenderaan lain. Dalam pada itu, setiap alat
pengesan didatangkan dengan bateri berkuasa tinggi yang menepati
spesifikasi ketenteraan yang dapat bertahan sehingga 10 tahun.
|
Panel Paparan LCD Pusat
Pemapar pusat menampilkan maklumat sebenar keadaan tekanan keempat-empat
tayar. Tekanan sebenar setiap tayar akan dipaparkan menerusi 4 sudut
menurut kedudukan asal tayar anda. Ketika melakukan perjalanan, tekanan
tayar akan dipaparkan pada masa nyata dan dikemaskini dalam setiap
selang masa 10 saat. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja i-Check mengesan
sebarang kejatuhan tekanan tayar di bawah nilai praset kritikal, maka
alat pemapar akan serta-merta menunjukkan bacaan merah untuk tayar
berkenaan dan pada masa yang sama mengeluarkan bunyian penggeraan bagi
memberi amaran kepada pemandu. |
Pemasang i-Check
 |
Langkah 1
- Pasang batang injap, skru & pek sesendal yang dibekalkan bersama alat Pengesan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (1).
- Pastikan agar skru tidak diketatkan terlebih dahulu sehinggalah
sudut batang injap yang besesuaian telah dikenakan kepada roda kenderaan
selepas alat pengesan telah dipasang dan diperiksa ke atas roda
tersebut.
- Pastikan anda telah mendapatkan sudut pengesan-batang yang terbaik
pada roda. Ketatkan segala bahagian boleh gerak di alat pengesan seperti
skru dan lain-lain lagi sebelum Langkah 2 dilaksanakan.
|
 |
Langkah 2
- Pasang tayar semula kepada roda, setelah anda pastikan bahawa Langkah 1 telah diikuti dengan sempurna.
- Masukan udara ke dalam tayar menurut tekanan tayar OE khas yang
telah disarankan (Dapatkan khidmat nasihat dari pengedar kereta setempat
anda dan dari manual sekiranya anda tidak pasti dengan ketetapan
tekanan tersebut. JANGAN terlebih isi atau terkurang isi tekanan tayar.
|
 |
Langkah 3
- Ulangi Langkah 1 & 2 bagi keempat-empat tayar.
- Kini kesemua tekanan pada 4 tayar tersebut seharusnya akan tertera dengan jelas pada monitor LCD.
- Pengubahsuaian kecil bolehlah dilakukan ke atas tekanan tayar dengan
mengisi atau membuang udara dari tayar bagi menyesuaikannya dengan
ketetapan pengilangan.
|
 |
Langkah 4
- Sekiranya anda mendapati salah satu daripada bacaan bertukar kepada
rwarna merah dan berada pada angka tekanan yang amat rendah di paparan
LCD tersebut, maka periksalah semula tayar dengan memastikan bahawa
tayar telah dipasang dengan sempurna dan alat pengesan pengesan i-Check
telah dimuatkan secara normal. Kesemua bacaan seharusnya berwarna HIJAU
setelah ianya dipasang. JANGAN pandu kereta sekiranya anda tidak dapat
melihat segala bacaan dalam warna Hijau.
- Sekiranya WARNA merah terpapar ketika anda sedang memandu sebaik
sahaja meninggalkan bengkel perkhidmatan, hentikan pemanduan dan
kunjungi bengkel anda dengan serta merta kerana ini menandakan bahawa
tayar anda berada pada tekanan rendah.
|
Kelebihan-Kelebihan
- Cepat dan mudah dipasang, dan sesuai digunakan pada hampir sebarang jenis kenderaan.
- Fungsi pengesan adalah bergantung kepada putaran tayar.
- Paparan masa-nyata pada semua tekanan tayar dan suhu kerja.
- Reka bentuk yang menarik dengan Paparan LCD baru yang jelas.
|
i-Check Menjimatkan Wang!
- Tiada kos pemasangan yang mahal.
- Tayar yang diisi udara dengan sempurna akan menjimatkan kos bahan api sebanyak 30%.
- Tayar yang diisi udara dengan sempurna akan memanjangkan jangka hayat bunga tayar sebanyak 35%.
- Paparan LCD i-Check mudah dialihkan dari kedudukan asal ke kenderaan lain.
|
i-Check Menjamin Keselamatan Anda!
- Tekanan tayar sentiasa dipantau pada setiap masa.
- i-Check mampu mengelakkan pemanduan yang berbahaya serta kemalangan yang diakibatkan oleh kelemahan tekanan tayar.
- Meningkatkan kestabilan kereta kerana tayar yang diisi udara dengan
sempurna akan lebih mudah dikendalikan dan mempunyai jarak brek yang
lebih efektif.
- i-Check lebih meningkatkan kemampuan anda untuk memberi maklumbalas terhadap kehilangan tekanan tayar.
- Amaran tekanan rendah akan dipaparkan secara masa-nyata pada monitor LCD bagi menunjukkan tekanan tayar yang lemah.
Soal Jawab
-
Apakah saiz monitor i-Check?
Saiznya adalah seperti sekeping kad nama. Dimensinya adalah 80mm(3") kelebaran x 50mm (2") ketinggian x 25mm (1") kedalaman.
-
Berapakah berat monitor?
Berat monitor adalah dianggarkan 250gm, lebih ringan daripada i-POD.
-
Adakah monitor akan memaparkan setiap tekanan tayar atau adakah ianya hanya akan memaparkan amaran tekanan rendah?
i-Check telah direkabentuk berasaskan sejenis petunjuk LCD “Hijau
Bermaksud Baik”, yang membolehkan pemandu mengetahui kesemua tekanan 4
tayar dengan serentak menerusi paparan LCD. Tambahan lagi, terdapat
penggera berbunyi dalaman yang dipasang di dalam unit paparan bagi
memberi amaran kepada pengguna akan kehilangan tekanan tayar.
-
Apa yang akan berlaku sekiranya tekanan tayar didapati menjadi rendah?
Penggera akan berbunyi dan paparan akan diaktifkan apabila tekanan
sesebuah tayar jatuh di bawah 20psi nilai tekanan kritikal. Nilai tayar
yang diwakili pada LCD akan bertukar kepada warna merah dan berbunyi
beep dan ianya hanya akan dihentikan setelah tekanan tayar disesuaikan
semula.
-
Apakah yang akan berlaku apabila tekanan tayar menjadi terlalu tinggi?
Tekanan keempat-empat tayar akan dipaparkan dengan jelas di LCD, dan
sekiranya tekanan didapati menjadi terlalu tinggi, penggera akan terus
berbunyi dan perhatian segera adalah diperlukan bagi menyesuaikan
tekanan supaya kembali menjadi normal.
-
Bagaimanakan tekanan tayar ditentukan ketika sesuatu pemasangan dibuat?
i-Check telah diprogramkan supaya tiada lagi sebarang penyesuaian yang
perlu dibuat setelah pemasangan dilakukan. Hanya pasangkan keempat-empat
sensor ke dalam kesemua tayar mengikut kedudukan tayar yang betul
seperti yang dilabelkan pada alat pengesan (LF/LR/RF/RR) dan pasangkan
pemapar LCD ke soket pencucuh rokok kereta, tekanan pada tayar akan
mengaktifkan bateri alat pengesan dan mencetuskan kesemua alat pengesan
untuk memancarkan isyarat ke unit LCD utama.
-
Adakah sistem pemantauan tekanan tayar ini boleh diperkembangkan?
Tidak. Kami hanya menyediakan kit praset 2, 4, dan 6 roda. Kenderaan
yang lebih besar memerlukan jenis kit yang berlainan dari pembekal
Jepun.
-
Adakah sistem ini berbentuk langsung atau tidak langsung?
i-Check adalah Sistem yang paling Langsung dan Stabil di pasaran kini.
Dan ia mempunyai pengesan antena dalaman berpaten yang tidak dimiliki
oleh produk-produk lain, yang membolehkan pengesan mendapat lebih jumlah
liputan dan membuatkannya menjadi lebih stabil ketika menghantar
isyarat.
-
Sekiranya saya membeli kenderaan yang baru, bolehkah sistem saya dipindahkan dengan mudah?
Sudah tentu. Anda boleh pindahkan kesemua alat pengesan dan monitor LCD
ke kereta baru anda sepertimana apabila anda membeli i-Check buat kali
pertama.
-
Adakah monitor ini perlu dihidupkan pada setiap masa bagi menerima isyarat daripada alat pengesan?
Alat pengesan i-Check akan menghantar isyarat pada setiap masa sebaik
sahaja berada di dalam persekitaran bukan tekanan sifar. Unit LCD
hanyalah berfungsi sebagai alat pemapar bagi membolehkan mata manusia
melihat bagaimana alat pengesan ini beroperasi dan bacaan tekanan di
dalam tayar. Oleh yang demikian anda boleh menghidupkan atau mematikan
pemapar LCD apabila anda perlu mendapatkan bacaan tersebut sahaja.
-
Kenapa saya gagal mendapatkan sebarang isyarat dari alat pengesan ketika pemasangan dilakukan?
Ini tidak akan berlaku dalam setiap kes. Memandangkan i-Check telah
melalui QC yang ketat sebelum ianya dikeluarkan dari kilang. Jadi
sekiranya anda mengesan sebarang isyarat pada mana-mana alat pengesan,
sila hantarkannya semula ke MXB untuk ditukarkan dengan kit baru dan
kami akan membawanya pulang ke Jepun bagi ujian.
-
Bagaimanakah caranya untuk mematikan bunyi penggera pada Sistem Pemantauan Tekanan Tayar?
Sila jangan matikan bunyi penggera, sehinggalah masalah tayar telah
diselesaikan. Kehilangan tekanan tayar atau tekanan rendah merupakan
suatu isu yang mendatangkan bahaya kepada nyawa.
-
Apakah yang harus dilakukan sekiranya nyalaan hijau pada monitor tidak dapat dipaparkan?
Ini tidak akan berlaku dalam kebanyakan kes memandangkan i-Check telah
melalui QC yang ketat sebelum ia dikeluarkan dari kilang. Oleh yang
demikian, sekiranya anda tidak dapat mengesan sebarang isyarat daripada
alat pengesan, sila hantarkannya semula ke MXB untuk ditukarkan dengan
kit baru dan kami akan membawanya pulang ke Jepun bagi ujian. Jangan
lengahkan tindakan pemulangan ini kerana memantau tekanan tayar adalah
penting pada setiap masa.
-
Bagaimana caranya untuk memeriksa tekanan tayar?
Sila baca nilai yang tertera di paparan LCD dan bandingkannya dengan
ketetapan OE anda. Sekiranya tekanan tayar berada lebih rendah daripada
5%, ianya akan memberi kesan kepada kos bahan api anda dalam kadar 5%
juga. Oleh yang demikian, sesuaikan semula tekanan tayar apabila anda
mendapati tekanan tayar menjadi lemah.
-
Apakah yang akan berlaku apabila saya mengeluarkan alat pengesan bagi mengisi udara atau memeriksa tekanan pada tayar saya?
Anda tidak perlu mengeluarkan alat pengesan daripada tayar bagi
memeriksa tekanan kerana i-Check berfungsi seperti batang kebuk yang
normal sekiranya anda ingin memeriksa tekanan tayar dengan menggunakan
alat-alat yang terdapat di pasaran.
-
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penggera tekanan rendah diaktifkan?
Berhentikan kereta anda dengan serta merta dan buat pemeriksaan segera
sekiranya terdapat kekempisan atau tekanan rendah pada tayar. Bawa
kereta anda ke kedai tayar dengan secepat mungkin.
-
Apakah yang membuatkan alat pengesan saya memancarkan isyarat?
Alat pengesan akan memancarkan data ke monitor melalui dua cara:
· Alat pengesan akan menghantar isyarat terkini pada setiap enam (6) saat 365 hari setahun tanpa henti di bawah keadaan normal.
·
Alat pengesan memancarkan 10 isyarat pada setiap saat sebaik sahaja ia
mengesan kelemahan tekanan tayar berbanding dengan nilai praset.
-
Apakah yang membuatkan monitor memaparkan penggera?
Kelemahan tekanan akan mencetuskan penggera dan paparan.
-
Adakah saya perlu menjalani penyeimbangan semula tayar apabila alat pengesan digunakan?
Sila jalani penyeimbangan semula tayar setelah alat pengesan dipasang
walaupun kami tahu bahawa berat alat pengesan tersebut tidaklah terlalu
besar sehingga memberi kesan kepada keseimbangan tayar. Namun,
pemeriksaan keseimbangan tayar-roda pada setiap masa adalah satu langkah
yang baik kerana ianya akan dapat meningkatkan jangka hayat tayar
berkenaan dan pada masa yang sama mengurangkan kos bahan api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan