i-Power
![]() |
Menerusi kesan
penjimatan kuasa dan tenaga elektrik serta kestabilan voltan dan aliran
arus elektrik, i-Power boleh menggunakan kuasa elektrik secara optimum
sehingga matlamat penjimatan wang dan pemanjangan jangka hayat untuk
alatan elektrik tercapai. i-Power beroperasi berasaskan kepada prinsip
penapisan regangan gelombang yang bertujuan untuk menapis kesan
gelombang harmonik dan mengawal voltan pada suatu tahap yang praktikal
supaya boleh menyediakan suatu sistem bekalan elektrik yang bermutu
tinggi untuk lampu cahaya dan alatan elektrik, mengurangkan kuasa
elektrik yang tidak berkesan, meningkatkan faktor kuasa dan seterusnya
menjimatkan kuasa elektrik.
Spesifikasi Produk
|
Kelebihan-Kelebihan i-Power
1. Menyeimbangkan Voltan dan Arus Elektrik:
Dengan menggunakan teknik
keseimbangan gelombang elektromagnetik, i-Power dapat mengawal kuasa
regangan voltan untuk menyeimbangkan sistem operasi gelombang magnetik
dan arus elektrik supaya keseimbangan kuasa voltan dapat dikekalkan
dalam pendawaian.
2. Menyelaraskan Kuasa Voltan yang Sesuai:
i-Power berupaya menyelaraskan muatan kerja voltan
untuk pelbagai jenis alatan elektrik, yakni dapat membekalkan kuasa
voltan yang berada di antara ±5% untuk muatan kerja alatan elektrik
tersebut, agar ia boleh beroperasi dalam kuasa voltan yang sesuai dan
seterusnya dapat menjimatkan kuasa elektrik.
3. Menghilangkan Kesan Gelombang Harmonik:
Oleh kerana i-Power diperbuat daripada jenis bahan
yang bermutu baik dan berteknologi tinggi, maka ia dapat menyerap kuasa
elektrik yang mengandungi kesan gelombang harmonik yang berbahaya semasa
aliran arus elektrik, sehingga menjadikan gelombang sinus berjalan
dengan lebih lancar dan seterusnya memanjangkan jangka hayat kelengkapan
elektrik.
4. Mengurangkan Arus Elektrik Yang Mendadak:
Kesan Regangan yang wujud pada i-Power bukan saja
dapat memperbaiki kuasa voltan luaran yang berlaku secara mendadak
sebanyak 90° dan menyerap ‘kuasa elektrik yang tidak berkesan’ secara
cekap, malah dapat mempertingkatkan faktor kuasanya tanpa berlakunya
fenomena “melampaui kuasa”.
5. Mencegah Masalah Gangguan Elektromagnetik:
Kesan Regangan yang ada pada i-Power juga dapat
memperbaiki mutu alatan elektrik dan melindunginya dengan berkesan
daripada masalah gangguan elektromagnetik yang akan menghasilkan kuasa
voltan yang abnormal yang mungkin akan menyebabkan kerosakan alatan
elektrik.
6. Mengelakkan Kejadian Litar Pintas:
Memandangkan i-Power dapat mengurangkan aliran arus
elektrik pada litar, jadi, ia juga dapat mengurangkan beban pendawaian
elektrik. Apabila wayar menjadi kepanasan, kejadian litar pintas akan
mudah berlaku kerana beban pendawaian elektrik sudah terlalu keberatan.
Apabila aliran arus elektrik pada litar berkurangan, kadar kejadian
litar pintas turut akan berkurangan.
7. Meningkatkan Kecekapan Alatan Elektrik:
i-Power juga berupaya meningkatkan faktor kuasa
elektrik, namun ia berbeza daripada kapasitor yang lain kerana ia lebih
mudah menyerap ‘kuasa elektrik yang tak berkesan’ secara terus daripada
berfungsi sebagai “alat ganti kuasa reaktif” saja. Oleh itu, ia dapat
meningkatkan faktor kuasa elektrik. Sebaik faktor kuasa ini
dipertingkatkan, tahap kecekapan alatan elektriknya juga akan
dipertingkatkan.
8. Memanjangkan Jangka Hayat Alatan Elektrik:
i-Power merupakan sejenis alatan elektrik yang
dapat menyediakan muatan kuasa elektrik yang praktikal dan juga berupaya
menghilangkan kuasa voltan dan arus elektrik yang berlebihan dan
berbahaya terhadap alatan elektrik. Oleh itu, ia boleh beroperasi dalam
keadaan kuasa elektrik yang lebih baik dan sempurna, yang seterusnya
akan memanjangkan jangka hayat alatan elektrik tersebut.
9. Meningkatkan Muatan Kapasiti:
i-Power dapat mempertingkatkan muatan kapasiti
lebih daripada 15%, kerana sebarang transformer, alat pemutus litar dan
pendawaian yang digunakan adalah terikat kepada bekalan arus elektrik.
Memandangkan ia dapat mempertingkatkan faktor kuasa elektrik dan
mengurangkan arus elektrik, jadi, kuasa elektrik yang berlebihan akan
disalurkan kepada muatan kerja alatan elektrik yang lain dan menjadikan
alatan elektrik yang sama menampung lebih muatan kapasiti.
|
10. Mengurangkan Kehilangan Arus Elektrik Pada Litar:
i-Power dapat mempertingkatkan faktor kuasa
elektriknya kerana sebahagian kuasa elektrik yang tidak berkesan pada
litar itu telah pun diserapkannya. Jadi, aliran arus elektrik yang tidak
berkesan itu sudah menjadi berkurangan, secara langsungnya, jumlah arus
elektrik yang mengalir pada litar itu juga akan berkurangan. Janjinya,
nilai persegi arus elektrik pada litar adalah berkadar terus dengan
kehilangan arus elektrik pada litar. Jika jumlah nilai arus elektrik
pada litar menurun, maka arus elektrik pada litar tersebut pasti akan
kurang.
11. Memperbaiki Kesan Suar Berkelip:
Apabila perubahan muatan kuasa elektrik menjadi
semakin besar, ia akan mengakibatkan perubahan pada kuasa voltan. Apatah
berlakunya suar berkelip pada lampu cahaya, lampu kalimantang dan imej
yang muncul pada skrin televisyen juga menjadi berkelip-kelip dan tidak
stabil. Akibatnya, alatan elektrik akan mudah menjadi rosak. Begitu
juga, ia akan menyakitkan mata kita kerana keletihan. i-Power dapat
memperbaiki kesan suar berkelip yang dihasilkan oleh perubahan kuasa
voltan dan elektrik kerana ia dapat menyelaraskan kuasa voltan dan
elektrik serta menstabilkan faktor kuasa elektrik alatan tersebut.
12. Mengurangkan Kos Bayaran Elektrik:• Bayaran bil elektrik merupakan kos perbelanjaan yang menduduki tempat ketiga atau keempat dalam hirarki jumlah kos perbelanjaan syarikat; • Syarikat korporat tidak berdaya mengawal kos pembayaran bil elektrik. Jumlah kos tersebut merupakan kos yang agak besar berbanding dengan kos perbelanjaan yang lain. |
Panduan Pengguna i-Power
Konsep Produk i-Power
![]() |
Kehidupan harian moden
tidak dapat dipisahkan dari bekalan elektrik kerana kita bergantung
kepadanya dalam sejumlah besar perkakasan elektrik untuk kemudahan hidup
kita, misalnya bekalan air panas, bekalan air paip, memasak, memakan,
pencucian, mereka dipengaruhi oleh bekalan kuasa elektrik. Lebih
daripada 80% bekalan elektrk di bumi dihasilkan daripada tenaga fosil.
Petroleum merupakan pecahan sumber terbesar diikuti oleh tenaga arang
batu. Sumber-sumber ini akan mengalami kehausan dalam abad ini, oleh itu
adalah tidak dapat dielakkan untuk kita membayar caj-caj elektrik yang
lebih tinggi pada masa depan. Caj-caj bekalan elektrik yang dikenakan
kepada para pengguna tempatan berkenaan dengan penggunaan tenaga
elektrik. Perkakasan elektrik generasi baru menggunakan mikrocip terbina dalam bagi keberkesanan tenaga yang lebih baik, lebih mesra alam dan menjimat sumber tenaga sementara kita memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam sekitar. Kebanyakan perkakasan umum tidak diprogramkan bagi tujuan penawaran harga rendah bagi menarik pengguna umum untuk membuat keputusan pembelian pantas. Masalahnya, produk-produk sedemikan mempunyai keberkesanan rendah dan mengakibatkan peningkatan penggunaan elektrik. Secara purata, lebih daripada 70% perkakasan elektrik rumah tidak direka dengan ciri-ciri penjimatan tenaga. i-Power menggunakan teknologi terkini, gelombang mikro dan prinsip penapis sikat untuk memperbaiki penggunaan perkakasan elektrik rumah yang menjimat sumber tenaga dan seterusnya meningkatkan keberkesanan perkakasan. Pengatur voltan terbina dalam akan memanjangkan hayat penggunaan perkakasan elektrik anda. |
Sebelum Penggunaan i-Power
- Produk ini (warna hitam) menggunakan voltan serantau 200V-240V. Pastikan voltan yang bersesuaian dalam kawasan anda sebelum menggunakan produk kami. Jangan gunakan produk ini di negara yang berbekalan elektrik 110V.
- Cadangan umum untuk pemasangan penyesuai adalah untuk meletakkan soket dengan perkakasan elektrik rumah berganda litar, misalnya sambungan penggunaan kuasa tinggi untuk peti sejuk, televisyen, mesin pembasuh, lampu, dapur elektrik dan pemanas air.
- Jika anda tidak pasti dengan punca litar dalam rumah anda, utamakan pemasangan perkakasan elektrik berenjin, misalnya peti sejuk, televisyen, penyaman udara dan sebagainya.
- Jangan memasang penyesuai pada penyambung wayar kerana ia adalah tidak stabil. Jika anda mesti memasang penyesuai kepada penyambung wayar, pastikan kapasiti muatannya dan keberkesanan keselamatan serta jumlah voltan untuk semua perkakasan elektrik adalah dalam lingkungan faktor keselamatan. Sila pilih produk-produk yang disahkan oleh lembaga piawaian kebangsaan.
- Produk kami telah melepasi pemeriksaan 3 peringkat yang termasuk pemeriksaan bahagian-bahagian, status operasi, pengesanan dan rupa bentuk perkakasan, lepas itu baru ia dihantar kepada anda. Sila gunakan produk ini tanpa risau.
Pemasangan I-Power

- Periksa sumber bekalan elektrik anda berada dalam lingkungan voltan 200-240V.
- Masukkan i-Power dalam soket setelah pengenalpastian.
- i-Power adalah direka cipta oleh Japan ZEROMAX, reka bentuk struktur i-Power adalah untuk soket buatan Jepun. Versi asing mempunyai penyesuai tempatan. Sila memilih penyesuai yang bersesuaian dan memasang i-Power ke dalam soket untuk memyempurnakan litar soket.
- Pasangkan suis di bahagian tepi i-Power. Anda akan melihat penunjuk LED berdengung yang menandakan bahawa i-Power mula beroperasi.
- LED i-Power yang direka khas akan melepaskan cahaya lembut pada waktu malam yang berfungsi sebagai lampu penderia. Sila pasangkan i-Power kepada soket yang paling dekat kepada tempat yang anda memerlukan sebuah lampu penderia. Keindahan produk ini akan juga menghidupkan malam anda.
- Penunjuk diperbuat daripada mentol LED dengan penggunaan kuasa rendah yang hampir tiada penggunaan elektrik dan sesuai untuk pencahayaan jangka panjang. Perbandingan penggunaan kuasa LED dan keberkesanan penjimatan tenaga i-Power menunjukkan bahawa hampir tiada penggunaan elektrik yang terlibat.
Sijil & Ujian CE

local approving statutory bodies. It is CE tested & technically compliant with the :
EN61000-6-3:2007, EN61000-6-1:2007, EN61000-4-2:2008, EN61000-4-3:2006, EN61000-4-4:2004,
EN61000-4-5:2005, EN61000-4-6:2008, EN61000-4-8:2001, EN61000-4-11:2004 requirements.
Gambar Ujian CE


-
Bagaimanakah teori penjimatan tenaga i-POWER berfungsi?
i-POWER mula memperbaiki faktor tenaga sebaik sahaja tenaga diaktifkan setelah pemasangan. Ia bukan sahaja memperbaiki faktor tenaga perkakasan elektrik rumah, malah mengurangkan arus serta-merta, mengawal keselamatan dan kestabilan arus yang kemudiannya memperbaiki faktor kuasa untuk mencapai keberkesanan penjimatan elektrik. -
Apakah faktor kuasa tenaga produk?
Kami menggunakan arus elektrik ulang-alik di rumah, berbeza dengan litar arus terus yang biasa. Ketahanan ialah satu kesan langsung terhadap arus, maka faktor kuasa adalah 1. Namun, dalam penggunaan arus ulang-alik, satu rintangan yang sebenar wujud, terdapat satu rintangan maya yang dihasilkan oleh rintangan lingkaran yang menyebabkan voltan dan arus tidak dapat terselaras. Oleh itu, voltan dan bentuk gelombang arus tidak dapat bertindan dan menyebabkan faktor kuasa kurang daripada <1. Dalam kajian bekalan elektrik, arus dan gelombang voltan dalam keadaan yang paling ideal seharusnya diselaraskan. Penyelarasan membenarkan litar gelombang dalam muatan (perkakasan elektrik) untuk memaksimumkan fungsi-fungsi mereka.
Dalam formula P = V x I / T, iaitu: kuasa (P) = voltan (V) x arus (I) dan dibahagikan oleh masa (T). Kita tetapkan tenaga paling besar yang dijana ini sebagai = 1. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis lingkaran dan enjin dalam perkakasan elektrik kita, rintangan maya yang terhasil (oleh gegelung dan operasi enjin apabila frekuensi operasi dijana oleh rintangan) akan menjejaskan voltan dan fasa gelombang arus dan menyebabkan anjakan. Nilai anjakan voltan dan arus elektrik tidak dapat diseiraskan pada satu masa, maka tenaga adalah sentiasa kurang daripada <1. Anjakan menyebabkan ketidakcekapan perkakasan elektrik kita dan menambahkan penggunaan kuasa elektrik. Jika faktor kuasa hanya 0.7, itu bermaksud kita menggunakan 1/0.7 = 1.428 kali tenaga (iaitu 42.8% lebih) untuk perkakasan elektrik berfungsi. -
Apakah anggaran kadar pembaikan faktor kuasa penggunaan i-POWER?
Pengeluar perkakasan elektrik rumah yang berlainan mempunyai pelbagai reka bentuk produk dan pertimbangan kos yang berbeza. Sebagai contoh, barangan buatan Jepun dan perkakasan elektrik China pasti mempunyai faktor kuasa yang berlainan. Negara dengan kos kehidupan yang tinggi seperti Jepun mempunyai caj setiap unit bekalan elektriknya yang lebih tinggi daripada negara-negara lain.
Sekiranya reka bentuk perkakasan elektrik mengambil kira faktor kuasa, penggunaan elektrik pada masa depan akan menjadi tumpuan reka bentuk tersebut berbanding dengan negara-negara lain dan produk itu pasti berharga lebih mahal tetapi kos elektrik pada masa depan secara relatifnya adalah rendah. Sesetengah perkakasan elektrik dijual kepada orang ramai yang tiada pengetahuan teknikal dan tidak memahami prinsip tenaga, oleh itu mereka selalunya membeli produk-produk yang lebih murah dengan faktor kuasa rendah. i-POWER akan dapat memainkan satu peranan penjimatan tenaga yang lebih besar dengan menggunakan mikrocip terbina dalam dan satu kombinasi kapasitor untuk menukar seluruh kuasa penawaran faktor, memperbaiki prestasi produk-produk dan menjimat antara 10-30% penggunaan elektrik anda tidak perlu bimbang. Bunyi ini menandakan bahawa alternator motosikal anda tidak berfungsi dengan baik dan tidak mencapai tahap voltan yang mencukupi. Sekiranya litar pengesan i-MINI mendapati tahap voltan terlalu rendah, sensor ini akan mengeluarkan bunyi klik berulang kali. Ia akan terhenti sebaik sahaja enjin motosikal menjanakan tahap voltan yang mencukupi. Jika bunyi klik ini berlarutan, sila hubungi bengkel motosikal anda untuk memeriksa alternator dan juga bateri bagi mengenalpasti sebarang kerosakan. -
Jika i-POWER adalah produk yang begitu baik, mengapakah pembekal-pembekal tenaga elektrik tidak menggunakannya?
Pendapatan utama pembekal-pembekal tenaga elektrik berpunca daripada caj-caj bekalan elektrik. Lebih penggunaan tenaga = lebih sumber pendapatan. Oleh itu, produk-produk penjimatan tenaga kepada pembekal-pembekal bekalan elektrik bermakna produk-produk yang mengurangkan sumber pendapatan mereka. Ini tidak bersesuaian dengan tujuan operasi mereka dan tidak sejajar dengan kepentingan perniagaan mereka. Anda harus faham sekarang. -
Adakah penggunaan i-POWER dianggap sebagai pencurian bekalan elektrik?
i-POWER digunakan di samping perkakasan elektrik rumah anda, oleh itu ia dianggap sebagai salah sebuah perkakasan elektrik anda. Ia tidak dipasangkan pada meter elektrik dan tidak akan menjejaskan pembacaan meter. Berdasarkan hujah-hujah ini, i-POWER tidak terlibat dengan pencurian bekalan elektrik. -
Adakah kajian kes penjimatan elektrik lain yang serupa dengan struktur i-POWER?
Ya, dalam kilang-kilang skala besar, bil elektrik bulanan mereka berjumlah jutaan ringgit, tambahan pula, semua mesin mempunyai enjin-enjin besar, oleh itu kilang-kilang skala besar lazimnya akan melantik perancang bekalan elektrik semasa pembinaan kilang untuk mendirikan mesin utama yang besar, iaitu penjimat tenaga elektrik yang menyerupai i-POWER pada punca bekalan elektrik utama dalam kilang, dengan kos pemasangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit. i-POWER adalah produk keselamatan ringan isi rumah yang serupa, kami amat berbangga untuk memperkenalkan produk ini kepada anda. -
Apakah jangka hayat i-POWER?
Syarikat menawarkan jaminan 1 tahun, jangka hayat sebenarnya bergantung kepada litar di rumah anda. Jika litar (perkakasan elektrik) anda mempunyai kualiti yang stabil dan diperbuat oleh pengeluar yang bermutu tinggi, jangka hayat i-POWER akan amat panjang. Sebaliknya, jika keberkesanan perkakasan elektrik adalah rendah, i-POWER perlu menanggung bebanan kapasiti yang lebih besar yang akan memendekkan jangka hayatnya. Menurut data yang ditunjukkan oleh pengeluar Jepun, jangka hayat i-POWER adalah sekurang-kurangnya 4-5 tahun, dianggarkan terdapat juga jangka hayat yang mencecah 10 tahun. -
Adakah sebarang sekatan pemasangan i-POWER? Bagaimanakah untuk memastikan bahawa i-POWER berfungsi terhadap semua bebanan elektrik?
Sebagaimana meter rumah kita, litar dalam rumah kita boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tetapi penggunaan elektrik keseluruhan akan melalui meter untuk tujuan pembacaan. Ini menunjukkan bahawa semua litar adalah sama dan i-POWER berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, arus elektrik mempunyai ciri-ciri rintangan kuasa supaya ia berfungsi terhadap litar yang lebih dekat untuk keberkesanan yang lebih baik. Mengapakah semua litar dalam sesebuah rumah dibahagikan kepada beberapa bahagian? Ini adalah kerana jika salah sebuah perkakasan elektrik rumah kita rosak, litar tersebut tidak akan terjejas. Apabila semua litar berjalan dengan lancar (iaitu, fius berfungsi seperti biasa), i-POWER akan berfungsi di sepanjang litar keseluruhan dalam rumah. Sekiranya keadaan litar pintas berlaku dan kebetulan i-POWER berada pada litar itu, ia akan berada dalam keadaan tidak berfungsi buat sementara waktu. Kami percaya bahawa penghuni rumah akan membaiki litar tersebut dalam masa terdekat dan i-POWER pada litar yang sama akan berfungsi seperti biasa semula. -
Jika begitu, berapa banyakkah i-POWER yang diperlukan oleh sesebuah keluarga?
Walaupun i-POWER dapat berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung, i-POWER mempunyai batasannya. Jika sesebuah i-POWER perlu menyelaraskan perkakasan elektrik rumah lebih daripada keupayaannya, ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Lazimnya, perkakasan elektrik rumah yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak didapati di dapur, diikuti oleh pemampat penyaman udara, peti sejuk dan perkakasan elektrik sedemikian yang menggunakan elektrik dengan banyak. Biasanya adalah mencukupi bagi sesebuah keluarga untuk memiliki 2-3 i-POWER, hasil penjimatan elektrik adalah lebih baik dengan lebih banyak i-Power. -
Betapa selamat penggunaan i-POWER?
Untuk memenuhi criteria permintaan dan kualiti tinggi daripada pelanggan-pelanggan kami, kami menggunakan bahan rintangan nyala untuk membina selongsong i-POWER. Kami juga membina dalam cip komputer pencantasan terma tinggi yang terpadam sendiri apabila i-POWER mengesan aliran arus yang terlebih atau terdapat keadaan peningkatan voltan. Hanya apabila voltan dan arus kembali normal, ia akan pulih ke keadaan asalnya. Maka, adalah 100% selamat untuk menggunakan i-POWER, dan dengan pemeriksaan kawal kualiti tiga ganda (3x) kami, semua i-POWER dijamin amat selamat sebelum mereka tiba ke dalam tangan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan